Sijil Pengajian Islam
Pengenalan
Program Sijil Pengajian Islam bertujuan untuk mempelajari dan memahami pengajian asas fardhu ain.
Program ini merupakan kursus jangka pendek yang dianjurkan oleh Tuhfah Learning Centre sebagai program pembelajaran sepanjang hayat.
Program ini merangkumi aspek-aspek asas agama Ialam yang merangkumi Aqidah, Akhlaq, Fiqh dan mengaji Al-Quran. Ia dikendalikan oleh pensyarah-pensyarah yang bertauliyah dan berpengalaman dalam kepakaran masing-masing.
Menerusi penawaran ini, Tuhfah berharap ia dapat melahirkan generasi umat islam yang mempunyai kefahaman aqidah yang kuat dan dapat mempraktikan kehidupan sebagai Muslim yang bertanggung jawab.
Objektif
- Melahirkan individu Muslim yang berpengetahuan dan memahami asas-asas agama Islam.
- Menyediakan ilmu asas Islam kepada masyarakat awam.
- Individu mempunyai pengetahuan dalam tiga bidang penting yang berbeza, iaitu dasar ilmu agama, membaca al-Quran dengan baik dan Bahasa Arab.
- Menyiapkan pelajar dengan kefahaman asas dalam fardhu ‘ain dan ilmu-ilmu Islam.
- Melahirkan individu Muslim yang memahami Agama Islam, beramal dengannya dan menj lankan kewajipan Islah sesuai dengan konteks semasa kehidupan di Singapura.
- Membuka ruang interaksi akademia dengan masyarakat awam.
- Menyemarakkan Pengajian Islam kepada masyarakat.
- Membaca Al-Quran dengan lancar berserta tajwid.
Struktur Pengajian dan Syarat Kemasukan
Syarat Kemasukan:
- Berusia 16 tahun keatas
- Warganegara Singapore
- Kemahiran asas dalam membaca bahasa melayu
Komponen Pengajian:
Bahasa Penyampaian: Melayu
Tempoh: 2 tahun
Bahasa Perantaraan: Bahasa Melayu
Jadual: Setiap Khamis, 630pm to 10pm.
Kemasukkan
Pengambilan Pertama: Januari (Pendaftaran pada bulan July – Oktober)Pengajian dilakukan secara fizikal di Jalan Kayu atau menerusi wadah virtual zoom
Sesi kuliah 2 kali dalam 1 tahun
Yuran Pengajian:
Yuran pendaftaran: $90(Wang tidak akan dikembalikan)
Yuran per semester: $498 atau
Yuran bulanan: $83
Pelajar perlu dapatkan sendiri buku-buku teks yang diperlukan.
Modul dan Penilaian Program
Penilaian akan dikira dari sudut semua aspek.
Oleh itu, pelajar perlu konsisten di dalam menghadiri kursus dan mengikut syarat untuk dinilai.
Pelajar harus bersedia untuk segala bentuk penilaian yang ditetapkan oleh Tuhfah.
Jadual
Semester 1:
Penggal 1
Jan-Mac: 13 minggu Minggu
Peperiksaan, Mac: 2 minggu
Cuti -Apr: 1 minggu
Penggal 2
Apr-Jun: 13 minggu
Peperiksaan, Jun: 2 minggu
Cuti-Jun: 1 minggu
Semester 2:
Penggal 3
Julai-Sep: 13 minggu
Peperiksaan, Sep: 2 minggu
Cuti-Sep: 1 minggu
Penggal 4
Okt-Dis: 13 minggu
Peperiksaan, Dis: 2 minggu
Cuti-Dis: 1 minggu
Daftar Secara Online
Kami akan menghubungi anda dalam tempoh 3 hingga 5 hari.